Hari Raya Aidilfitri 2009

Adam Hareez my fav cute cuz make his debut



With atuk and wan in Melaka

Daiyan Hazeeq, Zahra Sofea, Adam Hareez and me..


Ramadhan berlalu, Syawal datang berganti..Tibanya 1 Syawal menandakan kemenangan seluruh umat Islam yang berpuasa selama sebulan dan beribadat mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah..Walaupun telah masuk hari ke 7 Aidilfitri, masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin kepada seluruh umat Islam am nya..Maafkan segala salah silap yang telah saya buat selama ini yer rakan rakan..Tahun ni, raya still sama seperti biasa tanpa kehadiran family tercinta yang berada nun jauh di Bahrain untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama..Pun begitu, raya tahun ini tetap meriah walaupun disambut bersama aunty kesayangan di Ampang..Setelah solat raya di surau sebelah rumah kat Ampang, barulah pulang ke kampung halaman di Muar, Johor..Raya kedua, balik pula ke kampung sebelah mummy saya di Alor Gajah, Melaka..Maklumlah chevy hijau saya telah pergi selamenyer, kepulangan saya di kampung halaman amat dinanti oleh atuk dan nenek yang telah menanti sekian lama untuk saya menjenguk mereka selama ni..Da lame x balik kampung, seronok pulak balik kampung jumpa sanak saudara..Seperti kebiasaanya, bila kite tengok tv mase raya ni, mesti celah celah tu ade iklan raya yang best..Aku ternanti nanti gak iklan raya Petronas tahun ni, tapi sungguh malang iklan Petronas untuk tahun ni xde, just dorang ulang iklan iklan raya tahun tahun lepas..Iklan raya tahun lepas x best yang pasal anak die balik kampung jumpe mak die, bila nak surf tenet, xde internet and terpaksa lepak kat kedai kopi cina..Bagi aku, iklan raya Petronas paling best aku tengok ialah iklan burung murai..Hopefully, tahun depan mucul la iklan raya Petronas yang lebey menarik..Post ni saje je untuk wish selamat hari raya kat kawan kawan sume dan kat cni jugak nak letak la gambar - gambar raya tahun 2009 saya untuk tatapan semua..Selamat Hari Raya..Maaf zahir dan batin daripada saya..Minggu depan, marilah same - same berpuasa sunat 6 yer kerana sesiapa yang berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal ibarat die berpuasa selama setahun oleh Allah..Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk berpuasa 6 kerana puasa sunat 6 di Syawal ini juga dapat menampal kekurangan puasa kita di bulan Ramadhan..Sekian, jumpe lagi di post akan datang.. :)

1 comments:

all 3 adik beradik comel. :)

 

Post a Comment