Ramadhan Kian Berakhir


Sedar x sedar kite sume, bulan Ramadhan al Mubarak kian ke penghujungnya..Apakah pengisian yang kite dapat sepanjang bulan ini?Agak sedey untuk tinggalkan bulan nih sebab tiada lagi solat terawih dan tiada lagi pintu rahmat dibuka seluas-luasnya begitu juge dengan tiada lagi pintu kemaafan diberi kepada kita..Memang betul taubat boleh dilakukan bila-bila masa, tetapi bulan puasa inilah yang paling mudah memohon keampunan Allah..Hari ini sudah ramadhan ke 19 iaitu menghampiri minggu kedua terakhir Ramadhan iaitu: pengampunan dosa -dosa oleh Allah..Rakan -rakan dan para muslimin sekalian, cintailah bulan Ramadhan dan beribadatlah kepada Allah demi keredaan-Nya dan mengharapkan keampunan-Nya..Kita semua tidak tahu adakah kita akan dipanjangkan umur sekali lagi untuk bertemu kembali Ramadhan pada tahun hadapan..Dengan kite semua menghampiri penghujung Ramadhan yang selalu dikaitkan dengan malam LailatulQadar iaitu hari yang lebih baik daripada seribu bulan dan juga malam 7 likur, marilah sama-sama kita kuatkan semangat berzikir, bertafakur dan bermunajat kepada Allah di malam hari demi mendapat pahala Allah..Di post kali ini, baik juga saya kongsi satu ilmu agama yang saya pelajari daripada ustaz di kala solat tarawih tempoh hari..Dipetik daripda Ustaz Kamal: Diriwayatkan oleh ahli-ahli hadis: "Terdapat 3 golongan yang terlepas daripada Hisab Allah di padang Mahsyar:

1) Golongan yang pertama: Orang - orang yang mengutamakan solat..Apabila dibangkitkan di padang mahsyar; mereka ini adalah golongan di mana muka mereka bersinar-sinar bergemerlapan ibarat bulan mengambang penuh di malam hari..Orang yang mengutamakan solat di sini bermaksud; apabila Bilal sedang azan mereka adalah golongan yang telah berada di saf hadapan sekali untuk bersiap sedia bertemu dan beribadat kepada Allah setiap kali solat lima aktu sepanjang hidup mereka..Mereka inilah golongan express dan mendapat privilege untuk lepas daripada Hisab Allah dan terus dibawa ke syurga Allah..Subhanallah..
2) Golongan yang kedua: Orang - orang yang apabila mendengar azan berkumandang, mereka di dalam perjalanan ke masjid, surau dan seumpamanya untuk menunaikan solat..Apabila dibangkitkan di padang Mahsyar; mereka ini adalah golongan di mana muka mereka bersinar-sinar dan berseri-seri ibarat bulan sabit yang mengambang dan bercahaya di malam hari pertengahan bulan.. Mereka ini ialah golongan OTW(on the way) ke masjid dan surau untuk menunaikan solat bertemu Allah..Mereka ini juga terlepas Hisab Allah dan terus dibawa ke syurga..
3) Golongan yang ketiga: Orang - orang yang apabila mendengar azan berkumandang, mereka terus berhenti melakukan kerja duniawi contohnya seperti berhenti daripada perniagaan dan apa jua kerja mereka sedang lakukan ketika itu untuk menunaikan solat di masjid dan surau..Golongan ini apabila dibangkitkan di padang Mahsyar, muka mereka juga bersinar-sinar ibarat bintang - bintang yang begemerlapan di angkasa dan di langit..Mereka ini juga terlepas Hisab Allah dan juga terus dibawa ke syurga Allah tanpa banyak bicara..

Sungguh untung kawan - kawan jika kite tergolong dalam golongan - golongan yang terlepas hisab Allah di padang Mahsyar yang maha dahsyat..Tempoh Hisab Allah di padang mahsyar sendiri adalah selama setengah hari di akhirat umpama 25,000 tahun waktu dunia..Sila betulkan rakan-rakan jika ada salah silap dalam pernyataan ini..Dengan Matahari sejengkal atas kepala kita berlantaikan tembaga dan besi yang maha panas, mampukah kita bertahan di masa yang lama itu untuk dihisab satu per satu oleh Allah swt..Rakan -rakan dan para muslimin sekalian, jagalah solat dan kejarlah dan beribadatlah bersungguh -sungguh kepada Allah sepanjang masa terutama bulan Ramadhan yang mulia ini kerana fadhilatnya amatlah besar..Renung - renungkan lah dan selamat beramal..Wassalam.. :)

5 comments:

Perisian yg mantap..
membuat aku benar2 insaf..
bagus2..

 

Bagus bagus ehsan hang baca..camni la.. :)
ye r, bulan pose nak abes, sedey kot.. (T_T)

 

input yg bermanfaat.
mari la kita same2 berusaha agar mendapat rahmat Allah
lailatul qadar semakin hampir.
hanya yg berusaha akn menemuinya
InsyaAllah

 

salam.. masa inilah nak uji tingkat2 iman.
iman ibarat battery, utk menggerakkan sesuatu. jikalau iman itu lemah atau rendah, maka rasa berat je nak buat ibadah. Kita buat yang wajib, tetapi seringkali x memenuhi kehendak Allah dan rasul. Apatah lagi kalau langsung x solat. Na'uzubillah. Peliharalah solat jemaah, itu pakaian umat islam. Banyak dah Allah bagi nikmat, harta, duit, makan, minum sedap2. tapi azan dilaungkan, sikit pun xde perasaan malu dekat Allah untuk bergerak solat berjemaah. Apa kita fikir, rezeki tu kita yang buat sendiri? Apa harta dan duit tu kita yang cari sendiri? Bukan dari Tuhan?

Allah berkuasa nak uji senang je, surah Maryam banyak menyatakan hal ini, bagi mereka yang mengetahui. Kita rasa kita banyak harta, sombong menunjuk2 kerana kelebihan kita. Allah nak tarik tu senang je, kita terlibat dalam kemalangan, kudung kedua2 tangan. Cuba fikir, duit segunung dengan tangan yang tak da, mana lagi berguna?

Itulah, manusia kurang berfikir. Kelemahan kita, mudah terpedaya dengan apa yang ada di dpn mata dan nafsu amarah. Nafsu untuk makan yang sedap2 dan membeli barangan yang baik2 adalah suatu benda paling ketara yang membuatkan seseorang tu rasa sangat berat nak bersedekah. Tepuk dada, tanyalah diri, antara peratus perbelanjaan diri yang tiada langsung dengan keperluan kita dengan peratus duit yang kita dah sedekah. Berapa peratus agaknya?

Ramadhan ini, berjanjilah di dalam hati dengan niat kerana Allah. Mulai hari ini, aku tidak mahu berjalan di muka bumi Allah ini dengan perasaan bongkak dan sombong. InsyaAllah, amalan2 lain akan menyusul. Sebagai contoh, amalan solat berjemaah. Hari ini, berapa ramai lelaki yang takut wanita akan cakap dia ni alim, pergi surau solat. Sebab, kita takut wanita yang sexy2 dan cantik ni menolak kita sebab kita bukan sekepala dengan mereka. Inilah tipudaya dunia dan syaitan.

Kesimpulannya, apakah kita fikir kita akan hidup selama2nya di atas muka bumi ni? Cukupkah amalan berbanding dengan dosa kita selama ini? Hanya ilmu dapat membezakan. InsyaAllah, muhasabah diri dan banyakkan berdoa.

 

thanx pana di atas comment yg bagus untuk direnungkan! :)

 

Post a Comment