Kelebihan Puasa 6 di Bulan Syawal



Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca-pembaca laman blog ku ini..Berlalunya sudah Ramadhan, kite skang berada di bulan raya iaitu bulan Syawal..Setelah bertungkus lumus menahan diri dari lapar dan dahaga, menahan diri daripada melakukan maksiat sepanjang bulan puasa, tibalah bulan Syawal untuk meraikan kemenangan kite terhadap apa yang telah kite kerjakan sepanjang bulan puasa yang telah lalu..Kite memang beruntung sebab tahun ni kite dapat cuti lame lebey kurang serminggu untuk beraya sakan..Ari nih sudah 9 Syawal dan saye percaya seuma telah masuk semula bekerja bagi batch saye yang still internship..Bulan puasa da abes, bulan raya da nak abes, intern je x abes abes..Haish.. :P Di samping kite beraya, adalah lebey baik juga jika kite mengamalkan dan mengejar amalan sunat yang dianjurkan oleh junjungan rasullullah kite Nabi Muhammad s.a.w..Amalan sunat di bulan Syawal ini tidak lain dan tidak bukan ialah berpuasa sunat 6 di bulan Syawal..Ramai yang masih tertanya-tanya apa pentingnya dan apa kelebihannnya berpuasa 6 ini?Di post kali ini, saya akan menerangkan kelebihan kelebihan yang saya dapat petik daripada ustaz, para alim ulama dan buku agama dan rujukan daripada internet..

Daripada Abu Ayub bahawa Rasulullah bersabda bermaksud:

“Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari pada Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun.” (Hadis riwayat Muslim)

Hadis ini menjadi dalil puasa enam Syawal adalah sunat sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab sahihnya. Orang yang berpuasa Ramadan diikuti puasa sunat enam hari pada Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun. Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Puasa Syawal berfungsi sebagai penyempurna daripada kekurangan. Seseorang yang hendak berpuasa sunat pada Syawal adalah lebih lebih baik berturutan seperti puasa Ramadan, tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu.

Cara berpuasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan. Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara berselang hari asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah s.a.w. menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Justeru puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan tidak pada pertama Syawal dan masih di dalam bulan Syawal.

Walaubagaimana pun puasa enam adalah lebih baik disegerakan pelaksanaannya berdasarkan kepada firman Allah s.w.t.:

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”
[Surah Ali Imran 3:133]

Kelebihan puasa enam hari pada Syawal, ia sebagai tanda diterima puasa Ramadan yang kita laksanakan. Ibadah ini juga sebagai tanda kesyukuran atas nikmat yang diberikan pada Ramadan seperti nikmat kesihatan tubuh badan, ganjaran berlipat kali ganda, Lailatulqadar, ganjaran bersahur, berbuka puasa dan sebagainya. Oleh itu, antara tanda kesyukuran yang dapat dipamerkan daripada seorang hamba ke atas pertolongan dan keampunan yang dianugerahkan kepadanya adalah dengan berpuasa enam. Sebaliknya, jika diganti dengan perbuatan maksiat, maka ia termasuk kelompok orang yang membalas kenikmatan dengan kekufuran. Apabila dia berniat untuk kembali melakukan maksiat lagi, maka puasa ramadhannya tidak akan terkabul.

Di antara kelebihan-kelebihan puasa enam hari di bulan Syawal itu ialah :

1) Puasa enam umpama solat sunat sabelum dan selapas sesudah salat fardu bagi menampung kekurangan puasa fardu.

2) Puasa enam menjadi tanda diterima puasa Ramadan yang kita kerjakan.

3) Sebagai tanda bersyukur kepada nikmat yang diberikan di bulan Ramadan.

4) Mendapat kebaikan berlipat ganda serta diangkat darjatnya.

Oleh yang demikian marilah kita bersungguh-sungguh berpuasa sunat enam di bulan Syawal dan merebut peluang yang ada demi mendapatkan kelebihan-kelebihan yang ditetapkan Allah padanya serta inginkan keredaan-Nya. Selain itu juga, puasa 6 di bulan Syawal juga elok dianjurkan oleh wanita wanita yang ingin menggantikan puasa Ramadhan yang ditinggalkan disamping mendapat juga pahala puasa sunat 6 serta menggantikan puasa Ramadhan sekaligus..Perkara perkara qadha elok disegerakan dan jangan tunggu last minit. Sekian dari saya..Wassalam dan selamat menjalani ibadah puasa sunat 6 di bulan Syawal. :)

p/s: aku pun baru nak start buat puasa sunat 6 di bulan Syawal dalam hidup aku..Sebenarnya da lame nak buat tapi x terbuat sampai la tahun ni, dibukakkan hati oleh Allah untuk berpuasa 6..Jika saya mampu buat, saya yakin anda juga pasti boleh..Selamat berpuasa, dapat saving duit kite yang telah terkopek shopping sakan mase raya..hehe :P

1 comments:

kesian takde org komen.meh aku komen la.
bagus post nih.selamat hari raya.hehehe

 

Post a Comment